Kedudukan Jantung Dalam Badan
Jantung adalah organ yang mempunyai ruang kosong, berbentuk kon, terletak diantara peparu dan di belakang tulang rusuk. Terdapat beberapa bahagian penting seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 1.
Gambarajah 1
[Nota - Gambarajah menunjukkan gambar pesakit ini menghadap anda, jadi tanda kanan dan kiri nampak terbalik]
Jantung mempunyai 3 lapisan. Lapisan paling dalam adalah endocardium. Lapisan tengah pula dikenali sebagai myocardium dan lapisan yang paling luar adalah pericardium.
Injap dan Ruang Dalam Jantung
Jantung terbahagi kepada 4 bahagian (lihat gambarajah 2):
- Atrium Kanan (AK)
- Ventrikel Kanan (VK)
- Atrium Kiri (AR)
- Ventrikel Kiri (VR)
- Tricuspid valve - Injap Trikuspid.
- Pulmonary valve - Injap Pulmonari.
- Mitral valve - Injap Mitral (Bikuspid).
- Aortic valve - Injap Aorta.
Apabila jantung mengecut (sistol), ia mengepam darah keluar dari jantung. Jantung mengecut dalam dua peringkat. Peringkat pertama, atrium kanan dan kiri mengecut dengan serentak lantas mengisi darah ke dalam ventrikel kiri dan kanan. Kemudian, kedua-dua ventrikel mengecut untuk mengepam darah keluar dari jantung. Apabila jantung berehat (diastol), darah akan mengisi semula ruang dalam jantung.
Bahagian kanan dan kiri jantung mempunyai fungsi yang berlainan. Bahagian kanan mengumpul darah ternyahoksigen dari badan dan mengepamnya ke jantung untuk memungut oksigen dan membuang karbon dioksida.
Bahagian kiri pula mengambil darah beroksigen dari peparu dan mengepamnya ke seluruh badan untuk sel mendapat oksigen secukupnya agar badan dapat berfungsi dengan sempurna.
Pengaliran Darah
Darah mengalir masuk ke jantung melalui bahagian kanan jantung menerusi dua vena iaitu: Vena Kava Superior (VKS) dan Vena Kava Inferior (VKI) (lihat gambarajah 3).
VKS mengambil darah dari bahagian atas badan. VKI mengambil darah dari bahagian bawah badan. Darah yang melalui dua vena ini akan masuk ke atrium kanan.
Apabila atrium kanan mengecut, darah akan melalui injap trikuspid (4) dan masuk ke ventrikel kanan (5). Ventrikel kanan mengecut dan darah dipam ke injap pulmonari (6) terus ke arteri pulmonari (7) dan masuk ke dalam peparu untuk mengambil oksigen.
Gambarajah 3
Secara ringkasnya, peredaran darah adalah seperti berikut:
- Vena kava - Atrium kanan - Injap trikuspid - Ventrikel kanan - Injap bulan sabit - Arteri Pulmonari - Peparu
- Vena pulmonari - Atrium kiri - Injap bikuspid - Ventrikel kiri - Injap aorta - aorta - badan
Sistem Elektrik
Pernahkah anda terfikir bagaimana jantung anda boleh berdegup? Macamana degupan itu boleh berlaku secara automatik, tiap-tiap jam dan tiap-tiap hari?
Jawapan adalah kerana terdapat satu sel khas yang mempunyai keupayaan untuk menghasilkan elektrik secara sendiri. Sel ini memisahkan partikel yang mempunyai cas. Kemudian, sel ini secara spontan melepaskan cas ini ke sel-sel yang berdekatan. Ini menghasilkan impuls elektrik lalu menyebabkan jantung mengecut. Sel ini bekerja secara berterusan untuk menghasilkan degupan yang biasanya 72 kali seminit.
Nod Sinoarteri (SA node) ini menghasilkan degup jantung secara normal. Ia terletak di atrium kanan. jantung juga mempunyai gentian khas yang membawa arus elektrik dari nod sinoarteri ke seluruh jantung (lihat gambarajah 4).
Gambarajah 4
Sila klik disini untuk melihat animasi degupan jantung.
Maklumat Menarik Mengenai Jantung
Apa yang menyebabkan degupan jantung anda mempunyai bunyi?
Apabila doktor mengesan degupan jantung anda, bunyi lub-dub akan kedengaran. Bunyi yang pertama (lub) adalah akibat pergerakan darah apabila melalui injap trikuspid dan injap bikuspid semasa injap ini tertutup. Bunyi yang kedua (dub) adalah disebabkan oleh pergerakan darah akibat penutupan injap bulan sabit dan injap pulmonik.
Berapakah degupan jantung anda seminit?
Degupan jantung yang normal adalah 72 kali seminit. Pada satu-satu hari, ia boleh berdegup sebanyak 100,000 kali. Dalam setahun, ia berdegup sebanyak 38 juta kali, dan apabila umur anda mencapai 70 tahun, ia boleh berdegup sebanyak 2.5 billion kali.
Adakah degupan jantung anda akan berubah apabila anda semakin tua?
Degupan jantung memang berubah apabila anda meningkat tua. Ini adalah carta untuk degupan jantung pada umur yang berlainan:
Umur | Degupan |
Baru lahir | 130 |
3 bulan | 140 |
6 bulan | 130 |
1 tahun | 120 |
2 tahun | 115 |
3 tahun | 100 |
4 tahun | 100 |
6 tahun | 100 |
8 tahun | 90 |
12 tahun | 85 |
dewasa | 60 - 100 |
No comments:
Post a Comment