Ubat Sakit Jantung Dalam AL-QURAN
Doktor pakar terkenal telah memberi nasihat agar bersederhana dalam pemakanan dan minuman agar jantung terhenti secara tiba.
Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijian yang kurang kandungan gula serta garam dapat menjauhkan diri daripada berbagai penyakit.
Para Ulamak telah sekian lama menyarankan agar tidak melakukan pembaziran dalam cara makan dan minum kerana dengan menjauhi pembaziran bokeh mengelakan daripada penyakit yang sedang merebak.
Allah SWT telah berfirman pada Surah Al-A’raf :
Ayat : 131.
Kemudian apabila datang kepada mereka kemakmuran, mereka berkata: “Itu adalah Karena (usaha) kami”. dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka lemparkan sebab kesialan itu kepada Musa dan orang-orang yang besertanya. Ketahuilah, Sesungguhnya kesialan mereka itu adalah ketetapan dari Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak Mengetahui.
Sistem Peredaran Darah
Sistem peredaran darah merupakan satu sistem yang penting dalam badan manusia. Fungsinya ialah untuk membawa oksigen, tenaga dan bahan nutrien ke seluruh bahagian badan. Pada masa yang sama, bahan buangan metabolisme dibawa keluar melalui sistem peredaran tersebut.
Sistem peredaran darah terdiri daripada jantung, arteri, kapilari dan vena. Jantung merupakan pusat tenaga bagi peredaran darah. Jantung berdenyut berterusan untuk mengepam darah mengalir ke seluruh bahagian badan. Arteri ialah salur darah yang bertanggungjawab untuk menghantar darah dari jantung ke seluruh bahagian tubuh. Vena ialah salur darah yang bertanggung jawab untuk menghantar balik semula darah yang terkumpul ke jantung. Kapilari ialah salur darah halus yang menyambungkan mikro-arteri dan mikro-vena. Kapilari tersebut didapati di seluruh bahagian badan dan merupakan tempat di mana pertukaran nutrien dan oksigen berlaku.
2. Penyakit Yang Berkaitan dengan Sistem Peredaran
3. Penyakit Jantung Koronari
4. Pembentukan Aterosklerosis
12. Faktor yang menyebabkan Penyakit Jantung Koronari
13. Bagaimana untuk mengawal berat badan secara saintifik dan berkesan?
Jika kalori adalah lebih daripada permintaan kehidupan harian, kalori yang berlebihan itu akan bertukar menjadi lemak simpanan. Dalam keadaan normal, secara umumnya, bagi kerja rumah atau kerja yang perlu berfikir banyak, satu kilogram berat badan memerlukan 35 kcal setiap hari; dan bagi seorang pekerja buruh, 40-50 kcal adalah diperlukan; ini akan berkurangan sedikit demi sedikit dengan peningkatan umur. Orang yang berumur 51-60 tahun memerlukan 80% daripada tenaga yang disebut di atas; umur 60-70, 70%. Setiap gram bijirin boleh membekalkan 4 kcal; setiap gram protein, 4 kcal; setiap gram lemak, 9 kcal. Cara pemakanan perlulah seimbang – 20% kalori dibekalkan oleh protein, 20% daripada lemak, 50-60% daripada bijirin dan harus mengurangkan pengambilan gula. Cara dietetik yang paling baik ialah makan banyak kali tetapi setiap kali memakan kuantiti yang sedikit. Tidak disarankan untuk makan terlalu banyak dalam sekali. Rajin bersenam juga boleh membantu mengurangkan berat badan. Kaedah yang paling baik ialah kombinasi antara diet dan senaman yang secukupnya, nasi antara diet dan senaman yang secukupnya.
14. Faktor yang menyebabkan Penyakit Jantung Koronari
16. Rasa sakit apakah di bahagian dada merupakan tanda Angina Pektoris?
Sistem peredaran darah terdiri daripada jantung, arteri, kapilari dan vena. Jantung merupakan pusat tenaga bagi peredaran darah. Jantung berdenyut berterusan untuk mengepam darah mengalir ke seluruh bahagian badan. Arteri ialah salur darah yang bertanggungjawab untuk menghantar darah dari jantung ke seluruh bahagian tubuh. Vena ialah salur darah yang bertanggung jawab untuk menghantar balik semula darah yang terkumpul ke jantung. Kapilari ialah salur darah halus yang menyambungkan mikro-arteri dan mikro-vena. Kapilari tersebut didapati di seluruh bahagian badan dan merupakan tempat di mana pertukaran nutrien dan oksigen berlaku.
2. Penyakit Yang Berkaitan dengan Sistem Peredaran
Penyakit boleh berlaku pada mana-mana bahagian sistem peredaran dan mengganggu perfungsian normal seluruh sistem tersebut. Penyakit yang berkaitan dengan sistem peredaran darah termasuk penyakit jantung, tekanan darah tinggi, pembekuan darah, kegagalan fungsi pada mikro-peredaran dan sebagainya. Jika tidak dirawati, penyakit-penyakit tersebut akan menjadi lebih teruk dan menyebabkan infarksi miokardial (kematian otot jantung), strok, buta, malah boleh membawa maut.
3. Penyakit Jantung Koronari
Penyakit jantung koronari adalah singkatan bagi penyakit jantung aterosklerosis koronari, di mana ini adalah umum antara golongan dewasa dan tua. Arteri Koronari merupakan salur darah yang membekalkan darah kepada jantung. Jika terdapat pengumpalan lemak di bahagian bawah intima salur darah tersebut, saluran tersebut akan menjadi sempit; pengumpalan lemak yang lebih banyak akan menjadi kaviti saluran tersebut semakin sempit. Ini akan menghalang kadar pengaliran darah pada bahagian intra-vaskular. Fungsi darah ialah membawa oksigen, jika permintaan oksigen meningkat atau kadar pengaliran darah menurun kepada suatu takat tertentu, ia akan menyebabkan anoksida miokardial(kekurangan oksigen pada otot jantung) dan mengganggu kerja harian. Oleh itu, Penyakit Jantung Koronari (CHD) juga dikenali sebagai Penyakit Jantung Iskemia (IHD). Sejak kebelakangan ini, kejadian CHD semakin meningkat di seluruh dunia.
Aterosklerosis merupakan suatu penyakit yang berkembang dengan perlahan. Ia menyerang arteri besar dan arteri sederhana. Bahagian intima pada salur darah yang normal adalah licin. Perubahan patologikal awal ialah pembentukan bintik atau jejalur kuning pada deposit lemak pada bahagian bawah intima. Jika deposit lemak ini berkembang, ia akan membentuk plak ateroma dalam kaviti karina. Bahagian tengah plak ateroma dibentuk daripada sel ameboid, sel buih dan kolesterol. Pembentukan mungkin pecah dan seterusnya membentuk trombus dan bahagian tengah plak akan mengalir keluar, seterusnya menyebabkan kaviti saluran arteri semakin sempit.
5. Kesan Aterosklerosis |
Pada peringkat awal, plak ateroma boleh hilang dengan sendiri. Kesan utama aterosklerosis ialah unjuran ateroma atau trombus akan menyempitkan saluran arteri dan menjadikan tersumbat. Apabila arteri koronari menjadi letih, arterilisasi miokardia akan berkurangan dan anoksia miokardial atau nekrosis akan berlaku menyebabkan angina pektoris atau infarksi miokardia. Aterosklerosis bahagian otak akan menyebabkan kekurangan bekalan darah kepada otak, seterusnya menyebabkan rasa pening, sakit kepala dan bagi pesakit yang serius akan menghadapi “encephalatrophy” dan ciri-ciri yang dialami oleh golongan tua (anile). Trombus yang terdapat di dalam arteri serebal (otak) akan menyebabkan semiplegia; nefro-aterosklerosis akan menyebabkan iskemia pada bahagian ginjal dan mengakibatkan tekanan darah tinggi pada renal. Aterosklerosis usus akan menyebabkan sakit perut selepas makan. Aterosklerosis di bahagian kaki pula akan menyebabkan kesakitan pada bahagian kaki semasa berjalan dan bagi pesakit yang serius, hujung jari kaki akan menjadi nekrotik (mati).
6. Kemerosotan Plak Aterosklerosis
Pada peringkat awal aterosklerosis, plak mungkin boleh merosot dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, pada peringkat lebih serius, umumnya plak tersebut tidak akan hilang dengan sendirinya. Oleh itu, pencegahan merupakan “rawatan” aterosklerosis yang paling berkesan.
7. Hiperlipidemia
Jika kepekatan kolesterol di dalam darah melebihi 5.72 mmol/L, kepekatan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) melebihi 3.64mmol/L, atau kepekatan trigliserida melebihi 1.7mmol/L, ia boleh dikatakan sebagai Hiperlipidemia.
8. Apakah yang menyebabkan Hiperlipidemia
Hiperlipidemia adalah disebabkan oleh pengambilan lemak haiwan atau kolesterol yang terlalu tinggi. Jika kalori di dalam makanan yang diambil melebihi daripada keperluan badan, kalori berlebihan akan disimpan dalam tisu lipid dalam bentuk trigliserida dan menjadi lemak, seterusnya menyebabkan kandungan lemak dalam darah meningkat. Bagi mereka yang kurang bersenam, kolesterol dan trigliserida darah dalam badannya lebih tinggi berbanding dengan orang yang selalu bersenam. Tambahan lagi, bagi orang yang sentiasa berada dalam keadaan tertekan, merokok, berfikir terlalu banyak juga akan meningkatkan kandungan lipid dalam darah.
Kadang-kala, kandungan lipid yang tinggi berkaitan dengan warisan dan ciri-cirinya ialah; peningkatan lipid secara abnormal dalam darah dan mendapat penyakit jantung koronari pada umur yang muda. Terdapat juga penyakit lain yang menyebabkan peningkatan paras lipid dalam darah. Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) boleh menyingkirkan kolesterol yang berlebihan dalam darah dan tisu, ia juga boleh menyerap kolesterol pada plak yang terlekat di dinding arteri. Salah satu faktor penting yang menyebabkan penyakit jantung koronari ialah paras HDL yang rendah dalam badan. Lipoprotein berketumpatan rendah membawa kebanyakan kolesterol di dalam darah. LDL yang berlebihan mengakibatkan pengumpalan kolesterol pada dinding arteri dan membentuk plak ateroma.
9. Paras Lipid dalam darah dan Penyakit Jantung Koronari
Penyakit jantung koronari berkait rapat dengan kepekatan kolesterol dalam darah. Komposisi diet mempengaruhi kepekatan kolesterol. Contohnya, kadar kejadian penyakit jantung koronari adalah rendah di kalangan orang Jepun. Walau bagaimanapun, ia meningkat pada kebanyakan orang Jepun yang bertempat di USA. Sebab utama ialah perbezaan komposisi diet mereka, menyebabkan kepekatan kolesterol yang tinggi dalam darah dan kejadian CHD meningkat.
10. Merokok dan Penyakit Jantung Koronari
Kajian terhadap penyakit epidemik telah membuktikan bahawa merokok meningkatkan tahap bahaya menghidapi infraksi miokardial dan kematian jantung secara mengejut. Terutamanya pada golongan yang kolesterol darahnya melebihi 180mg%, kejadian penyakit jantung koronari meningkat di kalangan perokok yang menghisap lebih daripada 40 batang rokok setiap hari. Merokok juga meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru, penyakit pneumokardial dan penyakit salur darah perifenal. Sampai sekarang, masih tiada sebarang bukti yang dapat menunjukkan bahawa kepekatan tar dan nikotina tembakau yang rendah boleh mengurangkan peluang menghidapi penyakit jantung koronari. Merokok boleh menyebabkan penyakit jantung koronari kerana tembakau boleh mengurangkan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL), sebaliknya, meningkatkan kandungan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida. Pada masa yang sama, merokok menyekat pengaliran dan penggunaan oksigen, dan meningkatkan penggunaan oksigen oleh otot jantung. Setelah berhenti merokok, dalam masa setahun, kejadian penyakit jantung koronari berkurang sebanyak 50%; dalam masa 5-10 tahun, kadar mungkin mencapai tahap yang sama dengan orang yang tidak merokok. Keadaan pesakit jantung koronari boleh menjadi teruk dan mendapat angina pektoris jika mereka masih merokok. Merokok merupakan tabiat yang buruk. Bagi orang yang tidak merokok tetapi berada dalam sebuah bilik penuh dengan asap rokok, ketumpatan CO (karbon monoksida) dan nikotina dalam darahnya akan meningkat. Ini dikenali sebagai perokok pasif. Merokok merupakan salah satu faktor yang paling merbahaya menyebabkan penyakit jantung koronari di dunia. Tetapi, sesetengah kajian mengatakan bahawa tiada perbezaan kadar penyakit jantung koronari antara perokok dengan bukan perokok. Kami mengesyorkan kepada orang yang merokok supaya mengambil Tasly Kapsul Danshen Plus untuk suatu jangka masa yang panjang. Ini merupakan satu kaedah berkesan bagi mereka yang berisiko tinggi menghidapi penyakit jantung koronari.
11. Faktor yang menyebabkan Penyakit Jantung Koronari- Tekanan Darah Tinggi
Siasatan umum di China menunjukkan bahawa 75% pesakit jantung koronari juga merupakan pesakit tekanan darah tinggi. Manakala, kejadian penyakit jantung koronari dalam kumpulan yang tekanan darahnya melebihi 160/95mmHg adalah 5 kali ganda lebih tinggi daripada orang biasa. Tambahan pula, tekanan arteri meningkat bagi pesakit tekanan darah tinggi, ini juga boleh mencederakan dinding vaskular dan mempercepatkan proses aterosklerosis. Untuk mencegah aterosklerosis, adalah penting untuk mengawal tekanan darah tinggi.
12. Faktor yang menyebabkan Penyakit Jantung Koronari
- Obesiti
Kejadian penyakit jantung koronari adalah 5 kali ganda lebih tinggi bagi orang yang obesiti. Obesiti merujuk kepada orang yang berat badannya lebih daripada 120% mengikut standard. Berat badan (kg) yang standard sama dengan ketinggian (cm) ditolak 105. Obesiti disebabkan oleh pelbagai faktor. Ramai penyelidik bersetuju di mana penyebab utama adalah terlalu tingginya kandungan kalori dalam makanan dan kekurangan senaman. Warisan atau keturunan juga merupakan satu faktor kepada obesiti. Orang yang obesiti biasanya juga mempunyai paras lipid darah yang tinggi, tekanan darah tinggi dan toleransi-gula yang rendah, dimana semua ini akan menyebabkan aterosklerosis. Senaman dan diet yang sihat merupakan cara yang baik untuk mengurangkan berat badan.
13. Bagaimana untuk mengawal berat badan secara saintifik dan berkesan?
Jika kalori adalah lebih daripada permintaan kehidupan harian, kalori yang berlebihan itu akan bertukar menjadi lemak simpanan. Dalam keadaan normal, secara umumnya, bagi kerja rumah atau kerja yang perlu berfikir banyak, satu kilogram berat badan memerlukan 35 kcal setiap hari; dan bagi seorang pekerja buruh, 40-50 kcal adalah diperlukan; ini akan berkurangan sedikit demi sedikit dengan peningkatan umur. Orang yang berumur 51-60 tahun memerlukan 80% daripada tenaga yang disebut di atas; umur 60-70, 70%. Setiap gram bijirin boleh membekalkan 4 kcal; setiap gram protein, 4 kcal; setiap gram lemak, 9 kcal. Cara pemakanan perlulah seimbang – 20% kalori dibekalkan oleh protein, 20% daripada lemak, 50-60% daripada bijirin dan harus mengurangkan pengambilan gula. Cara dietetik yang paling baik ialah makan banyak kali tetapi setiap kali memakan kuantiti yang sedikit. Tidak disarankan untuk makan terlalu banyak dalam sekali. Rajin bersenam juga boleh membantu mengurangkan berat badan. Kaedah yang paling baik ialah kombinasi antara diet dan senaman yang secukupnya, nasi antara diet dan senaman yang secukupnya.
14. Faktor yang menyebabkan Penyakit Jantung Koronari
- Penyakit Kencing Manis (Diabetes)
Diabetes boleh meningkatkan kejadian penyakit jantung koronari. Di antara orang yang rendah toleransi-gula, kadar kejadian penyakit jantung koronari pada lelaki adalah satu kali ganda lebih manakala bagi perempuan adalah 3-4 kali ganda lebih. Jika ditambah pula dengan tekanan darah tinggi, kadar kejadian penyakit jantung koronari akan meningkat dengan nyata. Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan kadar kejadian penyakit jantung koronari tinggi di kalangan pesakit diabetes, tetapi sebab yang utama ialah lipodistrofi, iaitu peningkatan paras trigliserida dan kolesterol. Dianogsis awal diabetes dan rawatan yang berkesan dapat mengawal atau mencegah penyakit jantung koronari, Danshen Plus berkesan terhadap diabetes dan yang paling penting ialah ia dapat melindungi saluran darah dan saraf.
15. Angina PektorisPengaliran darah arteri koronari bagi orang yang normal boleh meningkat atau menurun bergantung kepada aktiviti fizikal yang berat ataupun ringan. Pengaliran darah dalam arteri koronari adalah 6-7 kali ganda lebih tinggi semasa aktiviti fizikal berbanding dengan keadaan berehat. Apabila sebahagian daripada arteri koronari menjadi sempit disebabkan oleh plak ateroma, pengaliran darah di bahagian ini menjadi terhad. Jika bahagian yang sempit ini kurang daripada 50% daripada seluruh saluran darah, ia masih boleh membekalkan keperluan oksigen kepada otok kardiak semasa melakukan aktiviti fizikal. Jika bahagian sempit melebihi 75% semasa aktiviti fizikal yang hebat, pengaliran darah tidak dapat memenuhi peningkatan keperluan oksigen oleh otot kardiak dan miokardial anoksia berlaku dengan kesakitan. Terdapat korelasi positif antara intensiti aktiviti fizikal yang menyebabkan angina pektoris dengan penyempitan kaviti (stricture) tersebut. |
Sekiranya angio-spasme (kekebasan saluran darah) berlaku bersama plak, 'stricture' akan bertambah teruk dan pengaliran darah di dalam arteri menjadi perlahan buat sementara. Ini boleh menyebabkan angina pektoris pada tahap malar (rehat). Intensiti yang menyebabkan angina pektoris boleh menjadi tinggi atau rendah. Kadang-kala aktiviti-aktiviti yang perlahan seperti stimulasi sejuk pada waktu pagi juga boleh menyebabkan angina pektoris.Secara ringkas, angina pektoris ialah satu simptom bagi miokardial anoksida yang disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak dapat memenuhi keperluan metabolisme otot jantung.
Angina pektoris adalah suatu rasa yang subjektif. Jika kesakitan terasa di bahagian belakang tulang dada, atau kesakitan ketat di sebelah kiri dada dan merebak ke bahagian kiri leher dan bahu atau kesakitan dalaman pada lengan kiri selama 5-10 minit, dan jika kesakitan ini disebabkan dengan aktiviti fizikal, stimulasi sejuk atau makan terlalu banyak, selalunya berlaku pada waktu pagi, dan akan hilang setelah berhenti aktiviti tersebut, kemungkinan berlaku angina pektoris adalah lebih daripada 90%. Tetapi doktor tidak boleh membuat diagnosis apa yang diperkatakan oleh pesakit, jika tidak, akan membuat diagnosis yang salah. Adalah tidak boleh dikatakan seseorang itu mengidap penyakit jantung koronari sehinngga dibuktikan terdapat miokardial iskemia, atau penyempitan arteri koronari. Berdasarkan bukti yang objektif mengenai miokardial iskemia, diagnosis untuk CHD boleh dibuat bagi kes yang tidak tipikal.
17. Mengapakah angina pektoris selalu muncul bersama hiperfagia (mengambil terlalu banyak makanan)
Untuk menghadam makanan berlebihan, usus perlu menggeliang-geliut lebih dan merembeskan lebih banyak jus penghadaman, ini memerlukan peningkatan bekalan darah kepada saluran gastrointestinal, maka jantung perlu meningkatkan pengeluaran kardiak dan penggunaan oksigen oleh otot kardiak juga akan meningkat. Pada masa ini, jika masih makan banyak makanan yang berlemak tinggi, lipid dalam darah dan kelikatan darah akan meningkat. Ini memudahkan pembentukan mikro-trombus yang akan menyebabkan angina pektoris.
18. Infarksi Miokardial
Infarksi miokardial merujuk kepada penghalangan pengaliran darah dalam arteri koronari yang tidak normal. Bekalan darah berkurangan dengan banyak menyebabkan miokardial iskemia yang serius, akhirnya membawa kepada nekrosis iskemia pada miokardium (lapisan dinding jantung yang sederhana tebal dan paling tebal yang terdiri daripada otot jantung).
19. Penyebab infarksi miokardial
Dalam kebanyakan kes, infarksi miokardial adalah disebabkan oleh bekuan darah dalam arteri koronari. Pembentukan bekuan darah adalah disebabkan oleh aterosklerosis. Infarksi miokardial mempunyai subjenis yang berlainan berasaskan sebab yang nyata, ciri-ciri patologi, ciri ECG, dan simptom-simptom klinikal. Setiap subjenis infarksi miokardial mempunyai ciri-ciri khusus yang nyata, tambahan kepada simptom umumnya.
20. Simptom yang biasa terdapat pada infarksi miokardial
Pesakit dengan infarksi miokardial selalunya menghadapi kesakitan yang teruk dan berterusan pada belakang tulang dada. Simptom lain termasuk demam, sel darah putih berlebihan; bacaan ECG yang tidak normal menandakan kerosakan miokardial akut, iskemia dan nekrosis pada otot jantung. Kadang-kala juga menghadapi denyutan jantung yang tidak normal, kejutan atau kegagalan jantung berfungsi. Oleh itu, infarksi miokardial merupakan penyakit jantung koronari yang serius.
21. Ciri-ciri infarksi miokardial pada orang tua
Infarksi miokardial pada orang tua selalunya berlaku tanpa kesakitan yang nyata pada bahagian dada, malah tiada rasa sakit langsung. Sebaliknya, mereka sentiasa berasa sesak pada dada, palpitasi, sesak nafas atau tekanan darah rendah, berpeluh sejuk, kesejukan pada tangan dan kaki. Kadang-kala berasa tidak senang pada bahagian tengah badan, sakit, rasa loya, bersama dengan simptom seperti sakit tekak, bahu, belakang badan dan nyanyuk. Jika seseorang tua itu mempunyai salah satu simptom atau lebih seperti yang disebut di atas, mereka harus berhati-hati kerana kemungkinan besar akan mendapat infarksi miokardial.
Product 1: Dong Chong Cao
Sangat baik untuk paru-paru, buah
pinggang, buang toksin dan bina semula sel-sel dalam tubuh. Ia juga baik untuk
Gout, resdung, asma, luka kencing manis, produk ini sangat sesuai kombinasi
dengan Kapsul Danshen Plus dan amat sesuai untuk hampir semua
penyakit
Dong Chong Cao ini juga di gelar sebagai Raja
Herba, keunikkan tumbuhan ini dimana jika tidak dipetik selepas tempoh
matang ia akan bertukar jadi ulat bernyawa, sebab tu kita boleh lihat tumbuhan
ini berbentuk seperti ulat.
Ciri-ciri produk
1. Produk yang unik dari negara China.
2. Sesuai untuk kebanyakan golongan pengguna.
3. Kandungan bahan aktif yang tinggi.
4. Bebas daripada kandungan hormon dan perangsang.
Kelebihan produk.
1. Melaraskan keseimbangan Yin dan Yang - Teori Perubatan Tradisional Cina mengenai pengawalaturan keseluruhan badan.
Dalam Perubatan Tradisional Cina, tubuh manusia dianggap sebagai suatu entiti biologi keseluruhan, dimana Yin dan Yang merupakan faktor utama pelarasan fungsi-fungsi metabolisma dan fasiologi badan. Yin dan Yang saling meningkat dan saling mengawalatur demi mengekalkan keseimbangan dinamik relatif sendiri. Ini merupakan syarat asas untuk semua aktiviti normal dalam kehidupan. Apabila Yin dan Yang seimbang maka badan dalam keadaan sihat.
2. Pengawalaturan dwi-arah.
Kebanyakan herba perubatan cina bersifat lembut dan bertindak ke atas sasaran berganda, ia berupaya menjalankan pelarasan dwi-arah dalam banyak aspek. "Pelarasan" ini adalah suatu ciri khas Perubatan Tradisional Cina, ia juga satu kelebihan. Cordyceps merupakan satu daripada herba pengawalaturan dwi-arah tersebut, di mana ia mengkhasiati Yin dan menguatkan Yang, ia berkesan ke atas tekanan darah tinggi dan juga tekanan darah rendah, ia menolong merawat diabetes dan merendahkan gula dalam darah dan pada masa yang sama membaiki keadaan hipoglisemia untuk mengembalikan tenaga kepada badan, ia boleh meningkatkan fungsi sistem imun dan juga boleh mengurangkan fungsi inunosit tertentu.
Aplikasi yang bersesuaian.
Kepada mereka yang mempunyai keimunan yang lemah, mudah sakit demam dan mereka yang cepat letih.
Sesuai untuk golongan pertengahan usia dan warga tua, mereka yang mempunyai tekanan kerja yang berat, membuat kerja fizikal yang berat dan berbadan lemah.
Mereka yang mengidap penyakit ketidakfungsian pulmonari seperti asma, bronkitis kronik, emfisema, dan rhinitis kronik.
Mereka yang kekurangan fungsi renal yang mendadak atau kronik, atau kegagalan fungsi renal, sakit belakang, protainuria, dsb.
Pesakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.
Mereka yang bermasalah dengan ketidakfungsian seksual, kemandulan, mati pucuk dan keluaran mani nokturnal.
4 Fungsi Utama
1. Memperbaiki fungsi sistem pernafasan.
Dalam Perubatan Tradisional Cina, Cordyceps dikatakan boleh membaiki keadaan paru-paru, merawat asma, menghentikan batuk dan menyingkirkan kahak, ia digunakan untuk merawat batuk kohol dan asma yang disebabkan oleh kelemahan peru-paru dan/atau ginjal. Kajian moden menunjukkan bahawa Cordyceps berfungsi dengan ketara dalam meningkatkan perembesan epinefrin, mengembangkan bronkus, menghentikan asma, menolong mengeluarkan kahak, dsb. Ia juga berfungsi sebagai rawatan sampingan untuk penyakit ko-pulmonal dan kegagalan pernafasan.
2. Meningkatkan fungsi ginjal (buah pinggang).
Menurut Perubatan Tradisional Cina, Cordyceps mempunyai kaitan dengan kesihatan ginjal, ia meningkatkan fungsi renal dan membaiki poten lelaki, ia boleh merawat kelemahan ginjal, sakit belakang, dsb. Kajian moden mendapati bahawa Cordyceps membawa kesan baik dalam rawatan kegagalan renal secara mendadak. Dalam rawatan kegagalan renal kronik, ia mengurangkan protein air kencing, kreatinin, serum dan nitrogen air kencing.
3. Meningkatkan fungsi seksual
Cordyceps boleh membaiki poten lelaki dan menggalakkan perembesan air mani. Ia lembut dan tidak bersifat panas, sesuai untuk merawat kekurangan renal, sakit belakang bahagian bawah, mati pucuk, keluaran mani nokturnal, ketidakfungsian seksual, kemandulan, dsb.
4. Mengawalatur fungsi keimunan dan meningkatkan kebolehan melawan penyakit.
Cordyceps mengawalatur sistem imun secara dwi-arah, fungsi utamanya ialah meningkatkan imuniti, tetapi ia juga mempnyai kesan penekanan ke atas penyakit autoimuniti. Melalui pelarasan dwi-arah, kebolehan badan melawan penyakit dipertingkatkan. Perubatan Tradisional Cina percaya bahawa Cordyceps bertindak sebagai suatu tonik untuk kesihatan yang kurang baik, ia berkesan dalam menguatkan badan pesakit yang sedang pulih, merawat peluh semasa sejuk, terasa sejuk dan gejala-gejala lain. Oleh itu, Cordyceps boleh digunakan untuk melawan keletihan, ia juga meningkatkan ketahanan fizikal badan dan memberikan perlindungan.
Fungsi Lain
Pelarasan Kepada tekanan darah dan dll
Harga Pasaran :
RM147.00
Harga Ahli :
RM125.00
Product 2: Kapsul Danshen Plus
Pengambilannya untuk jangka panjang boleh mencegah dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan serangan kardiovaskular.Oleh itu, Kapsul Danshen Plus mempunyai kesan positif dalam pencegahan penyakit dan perlindungan jantung.
Menurut
kajian pakar perunbatan klinikal, 40.2% pesakit merasai kesan analgesic yang
ketara selepas mengambil Kapsul Danshen Plus dan 48% pesakit merasai kelegaan
sakit jantung selepas meletakkan kapsul di bawah lidah selama 3 hingga 8 minit,
ia menjadikan jumlah keberkesanan mencapai 88%. Kajian klinikal juga mendapati
bahawa kepantasan kesannya setara dengan nitrogliserin. Oleh itu, Kapsul Danshen
Plus dikatakan mempunyai fungsi kecemasan
Proses
penggunaan jangka panjang membuktikan kapsul ini berkesan menghindari penyakit
jantung koronari dan jantung. Tasly telah memperkenalkan Kapsul Danshen Plus di
Negara-negara Asia Tenggara dengan penuh yakin. Ia amat sesuai bagi kebanyakan
orang samada mereka yang sihat ataupun dalam keadaan sub-kesihatan dan membawa
kegembiraan kepada beribu-ribu orang yang sakit.
6 Fungsi
Utama:
1. Membantu untuk memperbaiki keadaan Penyakit Jantung
Koronari (CHD).
Kapsul Danshen Plus,
bersama-sama dengan ramuan berharga seperti Salvia Miltiorrhiza, Notoginseng dan
sebagainya. Ia mempunyai fungsi anti-pengumpulan platelet. Selain itu, ia juga
berkesan ke atas pegurangan kolestrol dan trigliserida, pengurangan kepekatan
darah, meningkakan mikro-peredaran, anti-pengoksidaan, penyingkiran radikal
bebas, menjaga otot kardiak dan sebagainya. Fungsi-fungsi tersebut dikoordinat
di pelbagai peringkat. Menuju ke pelbagai organ sasaran dan berlaku dalam
pelbagai sistem. Fungsi utamanya ialah memperbaiki keadaan penyakit jantung
koronari. Para profesional mengsyorkan bahawa Kapsul danshen Plus harus
dipertimbangkan sebagai pilihan utama dalam melawan penyakit jantung koronari.
Kami mengesyorkan bahawa golongan dewasa (lelaki berumur 35 keatas dan perempuan
berumur 40 keatas tahun) mengambil Kapsul Danshen Plus secepat mungkin kerana
jantung mereka perlu diberi penjagaan yang lebih serius.
2. Membantu
melindungi daripada strok.
Infaksi otak dikenali sebagai ‘strok otak’. Ia
termasuk pembentukan gumpalan darah beku dan embolisasi. Kejadian strok
meningkat dengan ketara sejak kebelakangan ini. Kebanyakkannya berlaku pada
golongan muda. Fungsi Kapsul Danshen Plus ialah untuk memperbaiki peredaran
darah dengan menyingkirkan stasis darah. Aplikasi klinikal menunjukkan
penggunaan Kapsul danshen Plus bersama rawatan lain mempunyai kesan baik ke atas
pesakit strok otak.
- Kapsul Danshen Plus telah memperoleh kelulusan daripada FDA pada 29/09/1998.
- Kapsul Danshen Plus mendapat kelulusan Fasa II ujian klinikal US FDA pada 7/8/2010 (klik)
- Pada Julai 2010 pihak FDA telah bersetuju meneruskan ujian klinikal untuk fasa III dan dijangka pada 2013 Kapsul Danshen plus akan tersenarai di US dan seluruh dunia.
3.
Membantu membersihkan saluran darah dan melindungi jantung
kedua-mikroperedaran.
Mikroperedaran merupakan
peredaran darah antara kapilari arteriol dan venul. Tempat ini merupakan tempat
yang sesuai untuk pertukaran nutrien antara darah dengan sel tisu. Da juga
membawa oksigen dan nutrien kepada tisu serta membawa keluar hasilan metabolik.
Banyak penyelidikan telah membuktikan bahawa Kapsul Danshen Plus dapat
meningkatkan mikroperedaran badan. Kajian di Fakulti Perubatan Universiti keio,
Japan telah menunjukkan bahawa Kapsul Danshen Plus mempunyai kesan ke atas
pelbagai sasaran dalam menyelesaikan masalah mikroperedaran.
4.Membantu merendahkan paras lipid
darah (kolesterol) dan mengurangkan plak daripada arterosklerosis.
Kapsul danshen Plus mempunyai
fungsi yang berkesan terhadap pengurangan paras lipid darah terutamanya
kolestrol. Sebahagian kajian telah di jalankan ke atas pesakit arterosklerosis
carotid. Kumpulan kawalan diberi dos normal aspirin dan kumpulan kawalan diberi
Kapsul Danshen Plus.
Keputusannya adalah seperti
berikut:
*Perubahan ketebalan
intima-media carotid (IMT) : Ketebalan carotid IMT berkurang dalam kumpulan yang
dirawat dengan Kapsul Danshen Plus (P<0.05) manakala tiada perubahan yang
signifikan dalam kumpulan kawalan. *Perubahan rheologi: Kepekatan darah bagi
kedua-dua kumpulan juga menurun, tetapi tiada perbezaan yang signifikan di
antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan yang diperhatikan
(P>0.05).
*Perubahan paras lipid darah:
Pesakit dalam kedua-dua kumpulan turut mempunyai paras lipid darah yang tinggi.
Selepas penggunaan Kapsul Danshen Plus, paras kolestrol dan trigliserida
berkurang dengan signifikan. Akan tetapi, tiada perubahan yang diperhatikan
dalam kumpulan kawalan.
5.Membantu memperbaiki keadaan
penyakit mata dan malfungsi ginjal yang berkaitan dengan penyakit kencing manis
(diabetes).
Retinopati dan renopati
diabetik adalah disebabkan oleh masalah kapilari pesakit diabetes. Kedua-duanya
adalah kompikasi saluran darah mikro yang paling umum yang di sebabkan oleh
diabetes. Kapsul Denshen Plus mempunyai kesan terhadap perubahan rheologi darah,
anti-ion kalsium, pengurangan paras trigliserida dan kolestrol. Dengan itu,
Kapsul Denshen Plus amat disarankan kepada pesakit dengan komplikasi
diabetes.
6.Membantu melindungi Sel
Hati.
Tabiat mengambil alkohol yang
berlebihan dan pengambilan makanan yang terlalu berminyak akan mengakibatkan
mikro-peredaran hati terhalang dan malfungsi hati. Pesakit akan mengalami
malnutrisi dan diikuti dengan perasaan yang tidak normal seperti rasa tidak
selesa di sekeliling hati dan pengurangan selera makan. Penggunaan Kapsul
Denshen Plus selama 3 bulan akan mengembalikan fungsi hati yang normal dan
memulihkan hati yang rosak. Perkara yang lebih penting lagi, Pengambilan Kapsul
Danshen Plus sebelum meminum alkohol dapat melambatkan penyerapan alkohol dan
jesteru itu dapat melindungi sel hati.
Cara Pemakanan:
-1 hingga 2 kapsul pagi dan
petang (diambil sebelum makan semasa perut kosong)
**Untuk kesan yang lebih baik,
buka kapsul dan tuangkan isi kapsul ke bawah lidah, biarkan ia cair sendiri,
dengan cara ini, ubat dapat diserap dengan lebih cepat dan berkesan.
Ramuan Utama Kapsul Danshen
Plus:
Radix Salvia Miltiorrhizae
-Fungsi utama denshen Radix Salvia
miltiorrhizae adalah menggalakkan peredaran darah dengan menyingkirkan statis
darah, membekalkan khasiat kepada darah dan menstabilkan keadaan darah. Danshen
telah digunakan sebagai ubat Tradisional Cina selama beribu-ribu tahun dahulu.
Kegunaannya telah dicatatkan dalam buku-buku perubatan yang terkenal seperti
Compedium of Madica yang telah disiapkan ketika Dinasti Ming.
Radix Panax Notoginsen
-Fungsi Notoginseng juga adalah untuk
menggalakkan peredaran darah dan fungsi spesifiknya ialah dapat menghentikan
pendarahan. Notoginseng juga telah dicatatkan dalam buku perubatan Compendium of
Materia Medica sebagai ubat tradisional Cina.
Radix Astragalus Membranaceus
-Astragalus berfungsi daripada pebagai aspek.
Ia dapat membantu mengurangkan pengeluaran peluh, dengan itu dapat mengekalkan
tenaga dalaman. Ia juga berfungsi dengan baik dalam penyingkiran urin dan
mengurangkan edema. Radix astragali juga dapat mengawal atur sistem keimunan.
Dengan itu, ia dapat meningkatkan imuniti badan.
Rosewood
-Secara relatifnya, Rosewood dalam Kapsul
Denshen Plus adalah sedikit akan tetapi fungsi utamanya adalah meningkatkan
peredaran darah dengan mencegah pembetukkan pembekuan darah
Harga pasaran : RM190
Harga Ahli : RM165
Rahsia Kehebatan Jantung
Rahsia Kehebatan Jantung Ciptaan Allah
Jantung, organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah beg berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?
Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam penciptaan-Nya. "(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu, "[QS. Al-An'am: 102]
Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 - 30 denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.
Jantung berdenyut dengan kadar yang berbeza-beza, bergantung pada aktiviti. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak, maka jantung berdenyut lebih cepat, + 120 kali / minit. Ketika sedang berisitirahat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60-80 kali / minit.
Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.
Berat jantung kurang lebih 312 gram mampu berdenyut sekitar 60-80 kali / minit dan berdenyut selama setahun sekitar 40 juta kali denyutan. Apabila digunakan sebagai alat penggerak, jantung mampu mengangkat beban yang berukuran 2 kati (1 kati = 448,28 gr) setinggi kaki dengan kerja kerasnya dalam satu denyutan. Kadar darah yang didorong oleh jantung orang dewasa yang sihat ketika berfungsi dengan kuat mencapai sekitar 20 liter / minit.
Sementara perjalanan darah melalui jantung memerlukan masa 1.5 saat, sedangkan dari jantung ke paru-paru kemudian kembali ke jantung lagi (peredaran darah kecil) memerlukan masa 6 saat. Jantung mengeluarkan 8000 liter darah / hari, termasuk jumlah darah yang beredar memanjang + 150 km melalui setiap rangkaian tubuh, dan memindahkan darah yang terdapat makanan dan oksigen. Bekalan oksigen penting bagi organ vital sistem pengangkutan, lima minit saja tidak ada oksigen, maka otak akan mengalami kerosakan.
Jantung berfungsi sebagai raja yang mengepalai seluruh anggota tubuh, ia adalah pancangan kehidupan, sumber nyawa kehidupan dan panas badan.
Jantung adalah sumber munculnya pemikiran, pengetahuan, kelemahlembutan, keberanian, kemuliaan, kesabaran, kekuatan menahan diri, rasa cinta, keinginan, kerelaan, kemurkaan dan sifat-sifat sempurna yang lain. Seluruh anggota tubuh, baik yang nampak mahupun yang tidak nampak adalah tentera bagi jantung.
Setiap apa yang dilihat oleh mata langsung dihantar ke jantung. Kerana keterikatan yang dalam antara mata dan jantung, apabila ada sesuatu di dalam jantung, maka boleh tampak di mata. Mata merupakan cermin dari jantung yang menterjemahkan apa yang berlaku di dalam hati, sebagaimana lisan merupakan penterjemah dari apa yang didengar oleh hati. Kerana itu banyak didapati dalam Al-Qur'an tiga hal tersebut digabung jadi satu. "Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya." [Qs. Al-Israa (17): 36]
Sementara Harun Yahya mengungkapkan, berliter-liter darah berdetak tanpa henti naik turun di sekujur tubuh dan itu semua dimobilisasi oleh jantung.
Setiap benda memerlukan penggerak agar boleh terus bergerak. Pelbagai kenderaan atau bahkan sebuah kereta mainan remote control bergerak dengan motor. Begitu juga darah yang beredar di sepanjang tubuh pun memerlukan sebuah motor. Motor yang memainkan darah kita siang malam selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun, adalah jantung kita.
Jika kita memegang urat nadi dan menunggunya sebentar, maka akan terasa denyutan jantung kita. Jantung mengepam + 152 juta liter (40 juta gelen) darah sepanjang hidup. Darah sebanyak itu setara dengan minyak sebanyak 10,000 kereta tangki, angka ini cukup hebat tentunya. Sekarang jika diibaratkan kita menuang secawan air dari satu baldi ke ember lain, 70 kali seminit. Akhirnya tentu otot tangan dan pergelangan kita akan sakit dan perlu berehat. Padahal, jantung melakukan tugas seperti ini sepanjang hidup dan tidak pernah berehat.
Darah yang mengedari tubuh kebanyakan tersusun dari air (jika, sel, protein dan hormon dipisahkan dari darah, yang tinggal adalah plasma yang 95%-nya adalah air). Oleh kerana itu Jika peringkat visikositas air menyerupai ter atau minyak zaitun yang bervisikositas 100 juta lebih tinggi dari ter, jelas tidak ada jantung yang boleh mengepam darah melalui rangkaian kapilari tubuh. Tingginya visikositas air membuat darah melalui pembuluh-pembuluh darah yang halus tanpa halangan dan perlambatan.
Bayangkanlah bagaimana Allah menciptakan pam dengan bentuk yang paling sempurna di dunia ini sekarang tengah berdetak di bahagian kiri dada kita, Subhanallah ...
Dengan rancangannya yang istimewa dan gerak tak kenal henti, jantung membuat seluruh darah dalam tubuh menyelesaikan 1000 pusingan penuh dalam sehari
Kesihatan Jantung
Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang.
Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.
Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.
Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.
Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.
Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.
Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.
Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.
Struktur JANTUNG
Kedudukan Jantung Dalam Badan
Jantung adalah organ yang mempunyai ruang kosong, berbentuk kon, terletak diantara peparu dan di belakang tulang rusuk. Terdapat beberapa bahagian penting seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 1.
Gambarajah 1
[Nota - Gambarajah menunjukkan gambar pesakit ini menghadap anda, jadi tanda kanan dan kiri nampak terbalik]
Jantung mempunyai 3 lapisan. Lapisan paling dalam adalah endocardium. Lapisan tengah pula dikenali sebagai myocardium dan lapisan yang paling luar adalah pericardium.
Injap dan Ruang Dalam Jantung
Jantung terbahagi kepada 4 bahagian (lihat gambarajah 2):
- Atrium Kanan (AK)
- Ventrikel Kanan (VK)
- Atrium Kiri (AR)
- Ventrikel Kiri (VR)
- Tricuspid valve - Injap Trikuspid.
- Pulmonary valve - Injap Pulmonari.
- Mitral valve - Injap Mitral (Bikuspid).
- Aortic valve - Injap Aorta.
Apabila jantung mengecut (sistol), ia mengepam darah keluar dari jantung. Jantung mengecut dalam dua peringkat. Peringkat pertama, atrium kanan dan kiri mengecut dengan serentak lantas mengisi darah ke dalam ventrikel kiri dan kanan. Kemudian, kedua-dua ventrikel mengecut untuk mengepam darah keluar dari jantung. Apabila jantung berehat (diastol), darah akan mengisi semula ruang dalam jantung.
Bahagian kanan dan kiri jantung mempunyai fungsi yang berlainan. Bahagian kanan mengumpul darah ternyahoksigen dari badan dan mengepamnya ke jantung untuk memungut oksigen dan membuang karbon dioksida.
Bahagian kiri pula mengambil darah beroksigen dari peparu dan mengepamnya ke seluruh badan untuk sel mendapat oksigen secukupnya agar badan dapat berfungsi dengan sempurna.
Pengaliran Darah
Darah mengalir masuk ke jantung melalui bahagian kanan jantung menerusi dua vena iaitu: Vena Kava Superior (VKS) dan Vena Kava Inferior (VKI) (lihat gambarajah 3).
VKS mengambil darah dari bahagian atas badan. VKI mengambil darah dari bahagian bawah badan. Darah yang melalui dua vena ini akan masuk ke atrium kanan.
Apabila atrium kanan mengecut, darah akan melalui injap trikuspid (4) dan masuk ke ventrikel kanan (5). Ventrikel kanan mengecut dan darah dipam ke injap pulmonari (6) terus ke arteri pulmonari (7) dan masuk ke dalam peparu untuk mengambil oksigen.
Gambarajah 3
Secara ringkasnya, peredaran darah adalah seperti berikut:
- Vena kava - Atrium kanan - Injap trikuspid - Ventrikel kanan - Injap bulan sabit - Arteri Pulmonari - Peparu
- Vena pulmonari - Atrium kiri - Injap bikuspid - Ventrikel kiri - Injap aorta - aorta - badan
Sistem Elektrik
Pernahkah anda terfikir bagaimana jantung anda boleh berdegup? Macamana degupan itu boleh berlaku secara automatik, tiap-tiap jam dan tiap-tiap hari?
Jawapan adalah kerana terdapat satu sel khas yang mempunyai keupayaan untuk menghasilkan elektrik secara sendiri. Sel ini memisahkan partikel yang mempunyai cas. Kemudian, sel ini secara spontan melepaskan cas ini ke sel-sel yang berdekatan. Ini menghasilkan impuls elektrik lalu menyebabkan jantung mengecut. Sel ini bekerja secara berterusan untuk menghasilkan degupan yang biasanya 72 kali seminit.
Nod Sinoarteri (SA node) ini menghasilkan degup jantung secara normal. Ia terletak di atrium kanan. jantung juga mempunyai gentian khas yang membawa arus elektrik dari nod sinoarteri ke seluruh jantung (lihat gambarajah 4).
Gambarajah 4
Sila klik disini untuk melihat animasi degupan jantung.
Maklumat Menarik Mengenai Jantung
Apa yang menyebabkan degupan jantung anda mempunyai bunyi?
Apabila doktor mengesan degupan jantung anda, bunyi lub-dub akan kedengaran. Bunyi yang pertama (lub) adalah akibat pergerakan darah apabila melalui injap trikuspid dan injap bikuspid semasa injap ini tertutup. Bunyi yang kedua (dub) adalah disebabkan oleh pergerakan darah akibat penutupan injap bulan sabit dan injap pulmonik.
Berapakah degupan jantung anda seminit?
Degupan jantung yang normal adalah 72 kali seminit. Pada satu-satu hari, ia boleh berdegup sebanyak 100,000 kali. Dalam setahun, ia berdegup sebanyak 38 juta kali, dan apabila umur anda mencapai 70 tahun, ia boleh berdegup sebanyak 2.5 billion kali.
Adakah degupan jantung anda akan berubah apabila anda semakin tua?
Degupan jantung memang berubah apabila anda meningkat tua. Ini adalah carta untuk degupan jantung pada umur yang berlainan:
Umur | Degupan |
Baru lahir | 130 |
3 bulan | 140 |
6 bulan | 130 |
1 tahun | 120 |
2 tahun | 115 |
3 tahun | 100 |
4 tahun | 100 |
6 tahun | 100 |
8 tahun | 90 |
12 tahun | 85 |
dewasa | 60 - 100 |
Subscribe to:
Posts (Atom)